MALAYSIA PERLU BANGUNKAN TEKNOLOGI SATELIT – TPM

Kredit gambar The Sun Daily

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pembangunan pesat dalam teknologi satelit akan membawa pulangan dan pembangunan kepada negara.

Berucap di Majlis Sambutan Jubli Perak 25 tahun Planetarium Negara di Kuala Lumpur malam tadi, penggunaan teknologi akan membantu menangani masalah yang berada di luar kawalan manusia terutama bencana alam.

“Kejadian bencana alam seperti tsunami, banjir dan malapetaka melibatkan kehilangan pesawat yang menimpa Malaysia telah memberi satu dimensi baharu mengenai keperluan teknologi satelit dalam aspek pengurusan dan operasi.

“Di sinilah ramai pihak telah mula sedar mengenai perlunya sains angkasa dipelajari, difahami kerana aplikasinya terlalu banyak termasuk penggunaan satelit untuk pengurusan bencana dan kegunaan lain,” katanya memetik Malaysiakini.

error0