MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN SAMIRAH UNTUK BEBAS DENGAN IKAT JAMIN

(Gambar Utusan Malaysia)

PERMOHONAN Samirah Muzaffar, balu kepada ketua pegawai eksekutif (CEO) Cradle Fund untuk dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan kes bunuh Nazrin Hassan ditolak oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Hakim Ab Karim Ab Rahman berkata wanita itu gagal memberi alasan keperluan jaminan untuk dirinya.

“Dia mengadu dia tidak boleh menyediakan pembelaannya bagi kes bunuh itu semasa dalam tahanan.

“Bagaimanapun, dia masih boleh berjumpa peguamnya di penjara setiap minggu, walaupun dia tertakluk kepada peraturan penjara,” katanya.

Mahkamah menetapkan 3 hingga 15 September dan 23 September hingga 4 Oktober depan bagi pendengaran kes bunuh Nazrin.

Samirah dituduh membunuh Nazrin dengan 2 lagi remaja di rumah mereka di Mutiara Damansara pada Jun tahun lalu.

Kedua-dua remaja berusia 14 dan 17 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM50,000 setiap seorang, bulan lalu.

error0