LUCU! PERAGUT MENANGIS DATANG KE BALAI TUNTUT MOTORSIKAL, TAKUT DIMARAHI ISTERI

TULAR di laman sosial beberapa hari ini adalah posting seorang wanita di laman Facebooknya yang menjadi mangsa ragut di Pekan Lama, Kuala Selangor.

Ketika kejadian, wanita yang dikenali Ayus Haiqal menyedari motorsikal peragut berkenaan tidak dimatikan enjin.

Berang dengan kejadian itu, dia segera berlari ke motorsikal berkenaan dan membawanya ke balai polis berdekatan.

Apa yang melucukan adalah peragut itu datang ke balai polis yang sama sambil menangis dan memohon supaya dikembalikan motorsikal berkenaan.

Peragut menggunakan alasan takut dimarahi isteri kerana motorsikal itu kepunyaan isterinya.

“Masa tengah buat repot..si peragut (baju merah) dtg nangis-nangis kat balai..sebab motor tu adalah motor bini dia.. dia takut bini dia marah..menyamun dia tak takut..tapi dia lagi takut kena marah dengan bini. Satu balai gelak,” tulisnya di Facebook.

Posting berkenaan mendapat perkongsian lebih dari 7,000 pengguna Facebook dan rata-rata memberikan komen yang melucukan.

Dalam pada itu Ayus telah mendapat semula beg tangan yang diragut setelah peragut membuangnya di belakang blok bangunan berhampiran lokasi kejadian.

Sepjg mggu lps..ni la kejadian yg paling x blh dilupakan..hari jumaat mlm sabtu akk kena ragut kat pekan lama ksel dpn…

Posted by Ayus Haiqal on Ahad, 14 April 2019
error0