LELAKI MAUT DITEMBAK RAKAN SEMASA RAKAM VIDEO TIKTOK

DUA rakan baik kini ditahan polis untuk siasatan lanjut selepas salah seorang dari mereka melepaskan satu das tembakan ke arah seorang lagi rakan sehingga menyebabkan maut.

Dalam kejadian yang berlaku di Barakhamba, India, dua rakan berkenaan Sohail dan Amir sedang berada di dalam kereta sambil merakam satu adegan video Tik Tok.

Sohail yang duduk di sebelah mangsa, Salman Zakir yang memandu kenderaan berkenaan.

Sohail kemudian mengambil sepucuk pistol dan mengacukan senjata terbabit kepada Salman untuk meniru satu klip dari video berkenaan namun secara tidak sengaja menembak rakannya itu pada bahagian pipi kiri.

Panik dengan kejadian itu, Sohail dan Amir membawa Salman ke sebuah rumah ahli keluarga mereka dan menukar pakaiannya serta membawa mangsa ke hospital.

Salman bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia ketika dirawat doktor.