LELAKI HINA RASULULLAH DIBEBAS, SEKUMPULAN UMAT ISLAM BUAT BANTAHAN

TINDAKAN pihak polis membebaskan Foo Sing Wai yang bertindak memuatnaik posting hinaan kepada Nabi Muhammad SAW pada Jumaat lalu membangkitkan ketidakpuasan hati ramai pihak yang beragama Islam.

Lelaki berusia 68 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Akibat berang, sekumpulan umat Islam di perak berhimpun di hadapan balai polis Ipoh bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka atas tindakan pihak berkuasa.

Rata-rata meminta lelaki berkenaan ditahan semula kerana tindakannya itu menyentuh sensitiviti umat Islam.

Memetik laporan Sinar Harian, kemungkinan satu lagi himpunan bantahan dalam skala besar akan diadakan jika lelaki berkenaan tidak menerima hukuman setimpal.

error0