jubin pecah

LANTAI JUBIN PECAH? INI PENYELESAIAN YANG BOLEH ANDA LAKUKAN

KEADAAN lantai jubin yang pecah, retak dan kelihatan tak sempurna pastinya mengundang sakit mata si tuan rumah.

Keadaan ini berlaku kerana pemasangan jubin itu sendiri dilakukan tanpa mengikut piawaian yang ditetapkan dan spesifikasi.

Keadaan ini juga boleh mengundang bahaya kepada penghuni rumah terutama jika anda memiliki anak kecil. Pernah timbul satu kes di Pulau Pinang pada tahun 2010, apabila lantai kediaman meletup secara tiba-tiba kerana masalah jubin.

Lantai jubin boleh meletup kerana :

  1. Pemasangan mozek gagal mengikut piawaian.
  2. Kesukaran pemasangan konkrit sekata pada semua bahagian mozek lebih-lebih lagi yang bersaiz besar sehingga wujud gelembung udara yang boleh mengembang.
  3. Tidak menggunakan besi BRC pada tapak lantai.
  4. Tanah tapak rumah menjadi mendap.
jubin pecah

Langkah penyelesaian :

  1. Bongkar semula papan jubin yang telah dipasang.
  2. Bersihkan permukaan dasar lantai dari kotoran yang melekat.
  3. Biarkan sehingga kering.
  4. Pasang jubin baru dengan menggunakan pelekat elastic seperti polyurethane.
  5. Seelok-eloknya pasa joint sealant setebal 2cm pada permukaan jubin dengan dinding.
error0
Tweet 20