baik pulih malaysia airlines

KUMPULAN USAHAWAN SASAR 18 BULAN PULIH REPUTAS MALAYSIA AIRLINES

TEMPOH 18 bulan disasarkan oleh kumpulan enam usahawan yang diketuai bekas Pengerusi AirAsia Bhd, Datuk Pahamin Ab Rajab, bagi membantu kerajaan memulihkan Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines).

“Tempoh itu adalah janji kumpulan itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pertemuan baru-baru ini. Jika meletakkan sasaran 12 bulan, ia terlalu singkat ,manakala 24 bulan pula terlalu lama.

“Kumpulan itu perlu letakkan sasaran yang jelas dan holistik. Ia tidak mahu semua pihak tertunggu-tunggu MAS dipulihkan dan pendapatan syarikat penerbangan itu meningkat.

“Strategi yang akan dilaksanakan terlebih dahulu adalah meningkatkan pembabitan pekerja, beri mereka keyakinan dan semangat, yang akhirnya akan memberi manfaat kepada syarikat dan pemegang saham.

“Produktiviti meningkat, lebih mudah untuk syarikat mencapai sasaran. Lantaran itu tempoh 18 bulan diletakkan bagi meningkatkan kembali keyakinan pekerja, pemegang saham dan rakyat,” demikian menurut sumber.

Malah tempoh 90 hari juga diperlukan untuk meneliti masalah yang membelenggu MAS, antaranya dari segi kewangan, teknikal dan operasi.

Perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang akan dikemukakan kepada pihak kerajaan selepas mereka melepasi tempoh berkenaan.

error0