KUCING LAGERFELD WARISI HARTA RM694 JUTA!

CHOUPETTE, kucing peliharaan pereka fesyen tersohor, Karl Lagerfeld yang meninggal dunia pada Selasa lalu turut disenarai sebagai salah satu pewaris harta tinggalan yang bernilai lebih RM694 juta.

Kucing dari baka Burma itu mula dibela Lagerfeld sejak 2011 dan antara selebriti media sosial dengan lebih daripada 100,000 pengikut di laman Instagram.

Kucing itu turut terkenal apabila sering dipaparkan dalam kempen pengarah kreatif jenama mewah Chanel dan Fendi itu.

Selain Choupette, antara yang bakal mewarisi harta Lagerfeld adalah model Brad Kroenig dan anaknya, Hudson yang mula muncul di pentas peragaan sejak berusia dua tahun.

error0