KPN: ABDUL HAMID GANTI MOHAMAD FUZI

PEMANGKU Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang akan bersara wajib, Jumaat ini.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas majlis Sambutan Hari Pekerja 2019 di Putrajaya, tengah hari tadi.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga telah menandatangani surat pelantikan berkenaan.

Abdul Hamid sebelum ini menjadi perhatian pada tahun 2015 apabila mendedahkan wujud pihak tertentu bertindak menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mendesak siasatan terus dilakukan terhadap anak syarikat Kementerian Kewangan itu.

error0