KOMIK LELAKI ISLAM GAY DI INSTAGRAM DITUTUP

KESUKARAN hidup seorang lelaki Islam yang homokseksual seperti yang dipaparkan menerusi pelbagai posting gambar di satu akaun Instagram telah ditutup oleh pihak berkuasa Indonesia.

Akaun bernama @Alpantuni juga dilabel sebagai ‘pornografik’ selepas pelbagai pihak membuat laporan ia melanggar peraturan media sosial.

Kementerian Komunikasi Indonesia turut memberi peringatan laman Instagram bakal disekat di negaraini sekiranya akaun itu tidak dibuang. pada awalnya telah menyarankan bahawa Instagram berkemungkinan disekat di negara itu sekiranya akaun tersebut tidak dibuang.

“Bahan yang mempromosi LGBT bercanggah dengan peraturan kesihatan, peraturan agama dan kefahaman budaya. Ia sememangnya tidak sesuai di Indonesia,” demikian menurut menterinya, Rudiantara kepada CNN Indonesia.

Pengurusan Instagram bagaimanapun menafikan penglibatan mereka dalam tindakan pihak berkuasa Indonesia.

@Alpantuni sebelum ini sering memuatnaik siri komik yang mengisahkan kehidupan seorang lelaki Islam yang homoseksual dan berada dalam dilema antara kehidupan keluarga yang berlatarbelakang agama dan kehendak seksualnya yang songsang.

error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *