KESEORANGAN DI RUMAH, IBU JUMPA MAYAT ANAK SUDAH REPUT

SEORANG wanita terkejut menemui mayat anaknya yang sudah mereput sebaik sahaja pulang dari Kuala Lumpur, semalam.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Taman Seri Kota, Pasir Pekan, Kelantan.

Dipercayai mayat mangsa yang berusia 46 tahun yang ditemui di bilik tidur ibunya telah beberapa hari meninggal dunia berdasarkan keadaan tubuhnya.

Mangsa tinggal bersama ibunya namun ketika kejadian si ibu tiada di rumah kerana ke Kuala Lumpur sejak 4 April lalu.

Wanita itu memaklumkan ada menghubungi mangsa pada 5 April lalu dan berbual seperti biasa. Wanita berkenaan ada menghubungi si anak sekali lagi pada keesokan harinya namun tidak berjawab.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud dalam pada itu menolak unsur jenayah dalam kematian berkenaan.