KERANA MENGEJAR CINTA, WANITA INI NEKAD CEKIK, BAKAR ANAK SENDIRI

SEORANG ibu muda ditahan pihak polis dipercayai membunuh dan membakar bayinya yang berusia 14 bulan semata-mata mahu kembali kepada kekasihnya.

Suspek, Lucero Oscava Burgos, 21 turut mencekik dan melemaskan anaknya dengan menggunakan selimut.

Kejadian berlaku di daerah Manazo di Peru.

Teman lelakinya, Marco Antonio Ticonna Chiccalla, 24 mendakwa wanita itu telah membunuh anak perempuan mereka.

Ketika disoal siasat pihak polis, Lucero mendakwa bayinya meninggal dunia kerana terjatuh dari katil dan menanam mayat anaknya di kawasan Sungai Hatun Mayu.

Polis bagaimanapun gagal menemui mayat bayi malang itu dan melakukan soal siasat sekali lagi bersama Lucero sehingga wanita itu mengakui mencekik bayinya menggunakan selimut kemudian membakar mayat dan membuangnya di tempay menyimpan biji-bijian.

Lucero mendakwa membuat tindakan sedemikian kerana kecewa Marco mempunyai hubungan sulit dengan rakannya.

Polis menjumpa mayat bayi itu dalam keadaan separuh terbakar dan dihantar untuk bedah siasat, manakala Lucero direman untuk siasatan lanjut.

error0