KERANA KEROPOK LEKOR, SANGGUP UGUT BUNUH BAPA!

SEORANG tukang gunting mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan mengugut mahu membunuh bapanya dengan menggunakan pisau selepas ditegur menghabiskan keropoj lekor yang dibeli.

Pertuduhan dibaca mengikut Sesyen 506 Kanun Keseksaan dan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Tertuduh, Wan Adib Fawwaz Wan Mohd Fauzi, 19, didakwa mengacukan pisau kea rah bapanya, Wan Mohd Fauzi Wan Yusof, 46, yang kemudian mengugut untuk menikamnya di rumah mereka di Kampung Tebauk, dalam kejadian 10 malam pada 20 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, Wan Adib berdepan dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Asri Abu Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 5 Mac depan untuk sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. Tertuduh dibenarkan ikan jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

error0