KERAJAAN UMUM KETUA HAKIM NEGARA YANG BARU HUJUNG MINGGU INI

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberitahu pelantikan Ketua Hakim Negara yang baru akan diumumkan selewat-lewatnya sehingga hujung minggu ini selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

“Saya jangka akan dapat diketahui hujung minggu ini,” katanya selepas Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.

Pelantikan berkenaan bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara selepas Tan Sri Richard Malanjum bersara pada 12 April lalu.

Mengikut kebiasaan, jawatan tersebut perlu diisi dalam tempoh seminggu selepas ia dikosongkan.

error0