KERAJAAN SRI LANKA ISYTIHAR PERINTAH BERKURUNG SUSULAN SERANGAN DI GEREJA DAN HOTEL

Kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan perintah berkurung berkuatkuasa serta-merta kata Menteri Pertahanan, Ruwan Wijewardene.

Berikutan lapan letupan yang melibatkan hampir 200 orang, dan kebanyakannya disasarkan gereja-gereja dan hotel. Memetik sumber daripada Reuters.

Kerajaan juga berkata rangkaian media utama dan aplikasi pemesejan utama, termasuk Facebook dan WhatsApp, telah disekat di dalam negara untuk mengelakkan kesilapan maklumat dan khabar angin.

Dalam pada itu, rata-rata ahli politik dan pemimpin agama bersatu Dunia mengutuk tindakan serangan bom yang berlaku pada keraian Hari Easter (Good Friday) oleh penganut beragama Kristian.

Kredit: Reuters
error0