KERAJAAN MALAYSIA SEDIA HULUR BANTUAN KEPADA SRI LANKA

SUSULAN serangan bom terancang di beberapa lokasi di Sri Lanka semalam, Malaysia menyatakan kesediaannya untuk menghantar bantuan untuk membantu negara berkenaan.

Prekära itu dinyatakan oleh Menteri Luar Negeri, Datik Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya, malam tadi.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan ini dan menggesa supaya pelakunya dibawa ke muka pengadilan,” tegas beliau.

Satu siri letupan menggegarkan beberapa lokasi iaitu Gereja Kochikade, Gereja Katuwapitiya, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa di Colombo pada 8.30 pagi waktu tempatan, mengorbankan lebih 130 orang, termasuk sembilan warga asing.

Awal hari ini, Wisma Putra menerusi satu kenyataan mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam insiden itu.

error0