KERAJAAN KEKAL KOS HAJI RM9,980

MESKIPUN berdepan dengan cabaran kewangan, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan subsidi Jemaah haji Muassasah yang menunaikan ibadat berkenaan buat kali pertama bagi musim ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, dasar berkenaan juga tidak akan menjejaskan bayaran hibah.

“Meskipun berdepan pelbagai cabaran, Tabung Haji berusaha menanggung subsidi lebih daripada RM306 juta, ia susulan peningkatan kos haji tahun ini sebanyak RM22,900 seorang berbanding RM22,450 pada musim haji lalu,” katanya pada sidang akhbar di Menara Tabung Haji di sini hari ini.

Untuk rekod, bayaran mengerjakan haji yang dikekalkan adalah RM9,980.

Sebanyak lebih RM1 bilion subsidi telah ditanggung kerajaan sejak 10 tahun yang lalu.

Mujahid turut memberitahu kuota haji adalah kekal seperti tahun lalu iaiti seramai 30,900 orang. Perbincangan bersama kerajaan Arab Saudi untuk menambahkan lagi 0.1 peratus jumlah jemaah bagaimanapun tidak dapat dilakukan atas sebab kekangan dari negara berkenaan.

error0