KERAJAAN CADANG KESALAHAN HINA AGAMA MASUK DALAM KANUN KESEKSAAN

KERAJAAN bersetuju membuat pindaan ke atas Akta 574 iaitu kesalahan menyuntik kebencian dan penghinaan terhadap mana-mana agama, mengambil kira beberapa kes penghinaan terhadap agama dan kaum yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata cadangan pindaan itu akan dibentang ke Kabinet sebelum dibawa di siding Parlimen pada bulan hadapan.

Pindaan itu akan membolehkan hukuman lebih berat kepada pesalah dan mengetatkan beberapa proses pendakwaan, selain operasi prosedur standard (SOP) pembuktian di mahkamah.

“Secara dasarnya, kita bersetuju menangani isu kebencian kaum dan agama, termasuk menghina Islam serta Rasulullah dengan niat, dimasukkan dalam Kanun Keseksaan untuk pindaan.

“Ia bagi memastikan hukuman lebih tegas terhadap penghina agama termasuk Islam. Kita buat dalam Kanun Keseksaan kerana sudah ada peruntukan, cuma nak bagi ketat dan ‘ummphh’ (padu) lagi.

“Kita mengharapkan dapat dibentang (di Parlimen) pada Mac ini, sebelum itu ia perlu dibawa ke Kabinet. Selepas itu, ia akan dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM),” katanya memetika laporan Berita Harian.

error0