AMALAN SEDEKAH PENEMAN ALAM DI KUBUR

APABILA seseorang hamba Allah SWT meninggal dunia, terputuslah segala keistimewaan dan manfaatnya di dunia, kecuali tiga perkara – sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan doa anak soleh terhadap ibu dan bapanya.

Hal ini disebut oleh Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkan amalan sedekah lebih utama kerana pahalanya masih diperolehi meskipun kita tidka lagi hidup di dunia.

Untuk mudah, misalnya, berilah sumbangan dalam apa juga pembangunan di masjid atau surau di kawasan perumahan anda.

Di sini kami kongsikan ganjaran yang dikurniakah Allah SWT menerusi amalan sedekah ini.

1.Menjauhkan diri dari neraka.

Nabi s.a.w bersabda:

“Bersedekahlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya sedekah itu pemisah dari neraka.”

Selain itu, walau bersedekah apapun dengan bilangan yang sedikit sekalipun dapat mengelakkan diri dari api neraka. Sabda Baginda lagi;

“Jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir kurma.”

2.Menambah pahala

Amalan ini amat disukai Allah SWT sebagaimana firmanNya;

“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”

3.Menghapus dosa

Sebaik-baiknya, seseorang individu itu menyesalu dan menginsafi segala kesalahannya dan bertaubat untuk tidak melakukannya lagi.

4.Memadamkan kepanasan dalam kubur

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”

Hadis Riwayat at-Thabrani

5.Memberi kesembuhan

Bersedekah dapat menyucikan hati dan fikiran dengan izin Allah SWT.

Sebagaimana sabda Baginda;
“Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah.”

error0