KEJAM! IBU BERI ANAK MAKAN NAJIS ANJING

DUA kanak-kanak berusia lima dan tiga tahun ditemui kebuluran dengan keadaan fizikal yang tidak sihat kerana diberi makan anjing oleh ibu mereka sendiri.

Sehubungan itu, polis menahan ibu berkenaan, Mary Elizabeth Moore, 34, yang didakwa atas kesalahan mengabaikan dua anak di dalam jagaannya.

Kanak-kanak malang itu dijumpai dengan keadaan sangat kurus dengan berat anak sulung dilaporkan 11.9 kilogram manakala anak bongsu pula seberat 8.1 kilogram.

Mereka dikejarkan ke salah sebuah hospital di Jay, Oklahoma dengan cacing parasite ditemui di dalam perut salah seorang kanak-kanak tersebut.

Mereka juga terpaksa diberi makanan khas melalui tiub kerana kekurangan gizi dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Saint Francis.

Anak sulung Moore memberitahu dia dan adiknya dipaksa makan najis anjing oleh ibu mereka.

Sementara itu salah seorang jiran Moore memberitahu terkejut dengan kejadian itu.

error0