KANTOI! GOLONGAN ‘FLAT EARTH’ AKHIRNYA MENGAKU BUMI BERBENTUK BULAT

MENERUSI satu dokumentari Behind The Curve menerusi streaming di Netflix, sekumpulan individu daripada golongan Flat Earth di luar negara secara tidak sengaja mengakui bahawa bumi ini berbentuk bulat.

Jeran Campanella, yang mengendalikan saluran Youtube bagi golongan berkenaan telah menjalankan satu eksperimen menggunakan lampu suluh. Dalam rakaman dokumentari itu, dia menyebut ‘Saya fikir semua orang mengetahui bahawa bumi ini rata semasa Persidangan Antarabangsa Bumi Flat pada 2017’.

Satu eksperimen dilakukan bagi membuktikan teori bumi adalah rata dengan memancarkan cahaya laser pada tiga tiang yang diletakkan pada tinggi yang sama. Apabila cahaya laser dipasang pada tiang pertama ia sepatutnya dapat juga digunakan untuk mengukur ketinggian dua lagi tiang di belakang.

Namun Campanella gagal melakukan pengukuran yang tepat, maka dirinya melakukan eksperimen yang lain.

Percubaan kedua melibatkan pemancaran cahaya ke dalam lubang yang dipotong daripada Styrofoam pada ketinggian yang sama.

Campanella mendakwa cahaya boleh dilihat menerusi kamera yang berada di belakang lubang kedua bagi membuktikan bumi itu rata.

Bagaimanapun jika cahaya perlu dibesarkan pada ketinggian yang berbeza untuk membolehkan ia dilihat daripada lubang itu, makai a sekaligus membuktikan bumi itu tidak rata!

error0