KANAK-KANAK INI MASIH HIDUP WALAUPUN LAHIR TANPA OTAK!

MESKIPUN ibu bapanya pernah diminta untuk menggugurkan kandungan sebanyak lima kali selepas diberitahu potensi untuk anak mereka hidup tidak lama, pasangan Rob Wall dan Shelley nyata membuat keputusan yang betul untuk meneruskan kandungan bayi mereka.

Kanak-kanak berkenaan, yang kini berusia enam tahun, hanya mempunyai otak dua peratus sahaja ketika di dalam kandungan dan jika dilahirkan kelak, kanak-kanak itu tidak mampu melihat, bercakap, mendengar atau makan.

Rob memberitahu, jika ibu bapa lain berada di tempatnya, kebanyakkan dari mereka mungkin akan mengambil kira pandangan doktor dan dalam masa yang sama akan merasa tertekan.

Rob dan isteri berpendapat kandungan itu perlu diteruskan dan memberi peluang kepada anaknya, Noah untuk hidup.

Noah kini mempunyai 80 peratus otak dan menjadi rawatan pembangunan otak, dikenali sebagai ‘neurophysics’ iaitu gabungan latihan kognitif dan fisioterapi.

Noah juga mampu duduk tanpa bantuan dan belayar malah mahu belajar berjalan dan bermain ski.

error0