KAKAK ‘RATAH’ KEMALUAN ADIK, DIPERCAYAI OBSES DENGAN AMALAN SIHIR

SEORANG kanak-kanak lelaki berumur lima tahun maut setelah diseksa oleh kakak kandungnya, dipercayai kerana amalan sihir selepas mayat ditemui di atas lantai dengan dikelilingi oleh lilin-lilin.

Kejadian berlaku di Sao Roque, di selatan Brazil, pada Khamis lalu.

Mayat Maycon ditemui dalam keadaan ngeri dengan kepala dipenggal, kaki dibakar dan matanya dicederakan.

Suspek, Karina ketika soal siasat mengaku telah memotong dan memakan kemaluan adiknya.

Ketika kejadian, Karina dan Maycon tinggal berdua di rumah manakala ibu mereka keluar membeli barang keperluan rumah. Karina dipercayai melemaskan adiknya dengan bantal terlebih dahulu.

Telefon bimbit milik Karina juga telah dibakar bagi memadamkan bukti kejadian.

Polis akan menyiasat motif kejadian sama ada Karina terlibat dengan golongan puja syaitan atau terbabit dalam pengaruh dadah.