JOM BUAT 5 RESEPI KERABU INI UNTUK JUADAH BERBUKA

TENGAH garu kepala memikirkan menu apa nak disiapkan untuk berbuka puasa hari ini? Apa kata cuba buat kerabu pula?

Sebenarnya senang je nak sediakan menu kerabu, ia boleh dipelbagaikan mengikut citarasa kita. Bukan itu sahaja, kerabu juga adalah makanan sihat ya.

KERABU ULAM RAJA
1 ikat ulam raja
½ cawan kelapa parut
2 sudu makan perahan limau kesturi
1 labu bawang besar (dihiris)
Garam secukup rasa
3 biji cili merah
4 biji cili api
4 biji bawang merah
1 sudu makan udang kering
(Cili merah, cili api, bawang merah dan udang kering dikisar bersama)

Cara menyediakan :
Basuhkan ulam raja dan potong halus.
Goreng kelapa parut sehingga kekuningan sahaja.
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.

KERABU IKAN BILIS
2 genggam ikan bilis rangup
3-4 helai kelopak bunga kantan
1/2 tomato dipotong dadu
1 batang serai dihiris halus
3-4 tangkai cili padi dihiris nipis
2 biji bawang merah dihiris nipis
1 helai daun limau purut
4-5 biji limau nipis/kasturi diambil jusnya
Gula dan garam

Cara menyediakan :
Potong bahan-bahan dan ketepikan.
Dalam satu bekas, masukkan ikan bilis yang siap digoreng dan campurkan dengan kesemua bahan yang dipotong.
Masukkan jus limau nipis/kasturi dan perasakan dengan gula dan garam sehingga terbit rasa manis, masam, pedas dan masin.
Boleh juga dimasukkan sedikit sos ikan.

KERABU SUUN SIAM
Suhun – 1 paket kecil } rendam dengan air sejuk sehingga lembut
Sotong – 2 ekor } dibersihkan dan dipotong
Lobak merah } dipotong halus-halus
Cili padi, cili merah, bawang merah dan bawang putih, serai } dihiris halus
Daun limau purut
Limau purut
Sos ikan – 1 sudu besar

Cara menyediakan :
Panaskan kuali dan goreng sotong dengan minyak yang sedikit. Masak sekejap sahaja. Kemudian masukkan limau purut dan serai.
Kecilkan api dan masukkan suhun dan lobak merah serta cili padi, cili merah, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris.
Campurkan sos ikan dan air perahan limau purut serta garam secukup rasa.
Gaul kesemua bahan.

KERABU DAGING
500 g daging batang pinang
2 inci halia (Diketuk)
1 batang serai (Diketuk)
1 sudu makan lada hitam
7 biji cili merah (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 batang serai (Dihiris)
2 pokok daun ketumbar (Dihiris)
3 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

Cara menyediakan :
Basuh daging dan rebus dengan halia, serai, lada hitam, dan
sedikit garam sehingga lembut dan kering air rebusan. Kemudian
sejukkan.
Hiris daging nipis dan kecil.
Gaul rata semua bahan yang dihiris dan daging bersama perahan limau, gula dan garam.
Rasakan masam dan manisnya.
Sedia dihidangkan.

KERABU IKAN KEMBUNG
2 ekor ikan kembung
1 biji mangga muda
2 biji bawang merah
1 sudu makan lada hitam
(Bawang merah dan lada hitam ditumbuk kasar bersama)
¼ cawan kacang tanah (Digoreng dan ditumbuk kasar)
1 pokok daun ketumbar (Dihiris kasar)
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji cili merah (Dihiris)
2 sudu makan sos ikan

Cara menyediakan :
Bakar ikan kembung sehingga masak.
Asingkan isi ikan daripada tulangnya dan masukkan ke dalam mangkuk. Hancurkan sedikit.
Kupaskan kulit mangga muda dan cencang kasar.
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yang berisi isi ikan tadi.
Gaul sehingga sebati dan sedia dihidangkan.