JKM CARI ALIFF SYUKRI DI PEJABAT

RENTETAN aduan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) terhadap tindakan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri memukul anaknya kerana tidak bertudung, beliau memaklumkan ada menerima kunjungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pada semalam, Khamis.

Namun kedua-dua pihak tidak dapat bertemu memandangkan Aliff dan isteri tiada di pejabat kerana sibuk menguruskan pelancaran produknya, AS Legacy.

Aliff berkatan pihaknya memaklumkan kepada JKM untuk menghubunginya nanti.

Malah beliau turut memberitahu turut dihubungi pihak polis dan diajukan beberapa perkara mengenai aduan mendera anaknya.

Terdahulu pada Rabu, Protect and Save The Children (P.S. The Children) membuat laporan polis kerana tindakan Aliff merotan anaknya kerana membuka tudung di hadapan tetamu lelaki.

Aliff terdahulu memuatnaik video beliau memarahi anak perempuannya, Qadejah El Zahra yang berusia sembilan tahun, sambil menyapu ubat di belakang anaknya selepas dirotan.

Di dalam video itu, kelihatan anaknya terbaring sambil menangis.

Aliff yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia jika ada pihak yang tidak senang dengan tindakannya memukul anak.

error0