ITU ADALAH JERITAN TERAKHIR DARI BELLA

SEORANG ibu muda tidak dapat melupakan saat-saat terakhir pemergian anak kesayangannnya, Bella Redondo yang menangis dan menjerit kesakitan selepas dihubungi pengasuh anaknya akibat cuai dalam penjagaan sehingga menyebabkan kecederaan kepada yang teruk.

Katy Fernando, mengimbas kembali suara tangisan anaknya ketika mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap pengasuh tersebut, Nydia Carillo-Maldonado, Rabu lalu.

“Saya tidak akan melupakan panggilan yang dibuat kepada saya pada hari itu. Saya dapat mendengar dengan jelas jeritan Bella dari belakang. Itu adalah perkara terakhir yang saya dengar dari Bella,” ujar Katy.

Bella dipercayai terjatuh ketika dalam jagaan Carillo-Maldonado.

Hakim, Gary White menyatakan kematian Bella disebabkan kecuaian penjagaan oleh pengasuh, dan berkata ‘tidak ada sesiapa mengatakan defendan berniat sengaja membunuh mangsa’.

“Namun ia adalah kelalaian pengasuh dan salah lakunya yang menyebabkan kanak-kanak itu mati,” ujar Gary ketika penghakiman.

Carillo-Maldonado yang mengakui dirinya penyebab kepada kematian Bella pada tahun lalu bagaimanapun bertegas ‘itu bukan silapnya’. Wanita itu juga enggan memohon maaf kepada pasangan suami isteri terbabit.

error0