ISTERI MINTA CERAI HANYA KERANA SUAMI TERLUPA BELI BURGER

KEJADIAN berlaku di Abu Dhabi selepas si suami terlupa membeli burger yang dipesan isterinya kerana keluar melepak bersama beberapa rakannya terlebih dahulu.

Wanita berusia 20-an itu berang selepas suami yang pulang pada jam 3 pagi tidak membawa pulang pesanannya, membawa kepada pertelingkahan besar antara mereka dan akhirnya si isteri keluar dari rumah.

Status perkahwinan pasangan suami isteri itu masih belum diketahui namun menurut peguan Hasan Al Mazrooqi, setiap pasangan suami isteri perlu dididik untuk menjadi realistik dalam kehidupan selepas berkahwin dan tidak mudah membuat keputusan melulu jika wujudnya perbalahan di antara mereka.

Undang-undang rumah tangga di negara itu juga menetapkan sekiranya tidak ada kemudaratan peribadi, pasangan suami isteri akan dirujuk kepada hakim untuk membantu menyelesaikan masalah. Atau mas kahwin akan dikembalikan jika si isteri tetap mahukan penceraian.

error0