ISTERI ALIFF SYUKRI ALAMI PENDARAHAN, RUPANYA SEDANG MENGANDUNG BAYI KEMBAR

USAHAWAN kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri semalam memaklumkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan yang memberi risiko kepada kandungannya.

Berkongsi khabar itu di laman Instagramnya, rata-rata pengikut Aliff terkejut dengan keadaan Shahida memandangkan kedua-duanya merahsiakan kehamilan terbaru itu, apatah lagi isterinya disahkan hamil bayi kembar.

“Impian yang tak tercapai. Tolong doakan kandungan isteri saya selamat. Dugaan 2 Ramadhan,” ujar Aliff di Instagramnya.

Menurut Aliff, keadaan isterinya itu berpunca dari tekanan yang dialami mereka sekeluarga ekoran kontroversi yang melanda baru-baru ini, dipercayai isu dirinya memukul anak perempuannya yang berusia 9 tahun kerana membuka tudung di hadapan tetamu lelaki.

Dalam pada itu Aliff meminta orang ramai untuk mendoakan kandungan isterinya.

error0