ISRAEL GUNA BOM FOSFUR PUTIH, SERANGAN BUAT DAGING MANGSA HANGUS HINGGA KE TULANG

SELEPAS Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani pengisytiharan Bukit Golan sebagai milik Israel, tentera Zionis tanpa peri kemanusiaan segera melancarkan serangan terhadap penduduk Palestin.

Mereka menggunakan bom kimia bernama White Phosphorus atau Willie Pete untuk menyerang ibu pejabat Hamas, dalam usaha menghapuskan seluruh pemimpin gerakan berkenaan.

Penggunaan bom kimia itu bagaimanapun melanggar sekatan dunia kerana melanggar Hak Asasi Manusia. Bom yang sama pernag digunakan ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua sehingga mengorbankan ramai manusia.

Ternyata ramai kanak-kanak turut menjadi mangsa kekejaman Israel dalam serangan terbaru ini.

Kesan dari penggunaan bom fosfur putih itu menyebabkan kulit terbakar sehingga daging menjadi hangus sehingga ke tulang. Selain boleh menyebabkan kematian, mereka juga akan menjadi cacat seumur hidup, selain menanggung derita kesakitan sekiranya serpihan bom terkena organ badan seseorang.