duit raya anak

INI CARA TERBAIK URUS DUIT RAYA ANAK ANDA. JOM BACA!

BERSEDEKAH adalah amalan mulia. Terutamanya di bulan Ramadhan dan Syawal. 

Rezeki yang diterima oleh anak-anak anda haruslah diuruskan dengan baik dan bijak. 

Apatah lagi kadang kala jumlah duit raya terkumpul boleh mencecah ratusan ringgit bagi seorang anak.

Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab untuk menjaga dan menguruskan duit tersebut dengan baik.

Berikut adalah lima perkara yang anda boleh lakukan dengan duit raya anak-anak anda. 

  1. Simpanan & Pelaburan 

Semua duit raya terkumpul boleh dimasukkan ke mana-mana akaun simpanan atau pelaburan.

Antara contoh akaun tersebut adalah seperti Tabung Haji, ASB atau Unit Trust. 

Namun dikala ekonomi yang tidak menentu kini, mungkin ada ibu bapa yang tidak yakin dengan memasukkan ke dalam akaun-akuan di atas, boleh masukkan juga ke akaun bank-bank biasa seperti Maybank, Bank Islam, Bank CIMB dan banyak lagi. 

Bank-bank ini mempunyai pakej yang menarik seperti set hadiah bagi pembukaan akaun dan pelindungan insurans percuma. 

Akaun tersebut boleh dijadikan sebagai satu dana pendidikan untuk mereka ketika melangkah ke universiti mahupun deposit bagi rumah pertama mereka 20 tahun akan datang! 

2.Pelaburan Emas

Tips kedua ni selalunya diamalkan oleh mak-mak zaman dahulu untuk anak perempuan. Duit raya tidak dimasukkan ke dalam bank tetapi menjadikan pelaburan dengan membeli emas untuk anak. 

Seperti sedia maklum, emas mempunyai harga tersendiri dan bernilai. Jadi tidak rugi jika duit anak itu ditukar dengan pembelian emas. 

Barang kemas itu pula boleh digunakan sehingga anak besar dan boleh di letakkan di Ar Rahnu jika terdesak suatu hari nanti. 

3. Perlindungan / Takaful

Duit raya yang diterima juga boleh dijadikan caruman perlindungan atau takaful untuk mereka sendiri. Cara ini secara tidak langsung mendidik anak-anak akan kepentingan kad perubatan sejak dari kecil lagi.

Mungkin bukan sepenuhnya namun boleh membantu ibubapa untuk merencana pelindungan takaful untuk masa depan anak-anak. 

Ataupun boleh juga dimasukkan ke dalam deposit SSPN-i untuk kegunaan pembelajaran masa hadapan. Tak perlulah anak berhutang bila belajar nanti kan? 

4.Ganjaran kepada anak 

Bagi ganjaran kepada anak-anak. Anak-anak harus merasai keseronokan menggunakan duit sendiri dengan membeli barang yang disukai seperi barang permainan. 

Sebagai ibubapa, asingkan duit tersebut terlebih dahulu. Pastikan duit raya tersebut tidak digunakan sepenuhnya (dicadangkan 10% sahaja). 

Perkara ini penting bagi mendidik anak berjimat dan berbelanja dengan bajet yang ditetapkan. 

Semoga cadangan ini membantu ibubapa untuk menguruskan duit raya anak-anak untuk manfaat anak-anak di masa hadapan. 

error0
Tweet 20