IKEA – DARI PERNIAGAAN MANCIS, KINI MENGUASAI 38 BUAH NEGARA

KAMI pasti ramai antara kita gemar ke IKEA, sama ada untuk membeli belah perabut yang sering tampil dengan stail moden dan ringkas, mencuci mata atau menjamu selera, terutama hidangan meatballs yang cukup terkenal itu.

Adakah anda terfikir bagaiman IKEA berkembang dan siapakah manusia yang bertanggungjawab di sebalik jenama dan variasi produknya?

Percayakah anda, kejayaan IKEA hari ini bermula dengan penjualan mancis sahaja?

Ingvar Feodor Kamprad, merupakan pengasas IKEA yang lahir pada 30 Mac 1926 di sebuah ladang kecil di Elmtaryd, Sweden dimana penduduknya mengusahakan aktiviti pertanian.

Minatnya terhadap perniagaan bermula dengan menjual mancis ketika usianya hanya 5 tahun. Mencapai usia 10 tahun, Kamprad mengembangkan skop perniagaannya dengan menjual alat tulis, benih bunga dan dekorasi pokok krismas.

Ayahnya merupakan tulang belakang kepada minatnya untuk berniaga. Ketika mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan sewaktu usia 17 tahun, Kamprad dihadiahkan sejumlah wang dan beliau menggunakan wang itu sebagai modalnya menubuhkan IKEA.

Meskipun mempunyai masalah dyslexia, Kamprad tidak menjadikan ia sebagai halangan. Beliau mula menjual perabut yang diambil daripada pengeluar tempatan pada tahun 1947 dengan menghantar barangan menggunakan trak susu. Bagaimanapun masalah mula timbul pada tahun 1955 apabila kumpulan pengeluar mendakwa Kamprad membeli barangan mereka dengan harga murah.

Tidak berputus asa, Kamprad mula menghasilkan produknya sendiri dengan menjadikan penghasilan yang ringkas, mudah dipasang dan paling penting harga yang mampu dimiliki.

Zaman berganti zaman, misi Kamprad diterapkan terhadap IKEA dengan memastikan setiap produk rekaan yang dihasilkan mestilah berkonsepkan moden dan stail serta perlu sesuai dengan ruangan yang terhad. Nyata, ideanya amat diminati dan memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat hari ini.

Selepas hanya ditubuhkan di Sweden, usaha Kamprad kini nyata berhasil dengan IKEA berkembang kepada 300 buah kedai di 38 buah negara.

Anda juga perlu tahu, IKEA langsung tidak pernah membuat sebarang pinjaman kewangan daripada mana-mana institusi bank sepanjang ia ditubuhkan sehingga kini! Hebat kan?

error0
Tweet 20