IBU LUAH SEDIH, ANAK KOMA SELAMA TIGA TAHUN SELEPAS KEMALANGAN

HATI ibu mana yang tidak sayu melihat nasib anaknya yang masih koma selama tiga tahun tanpa sebarang perkembangan yang menunjukkan akan sedar.

Azmirul Hakim, 27, seorang pemandu lori terlibat dalam kemalangan pada 2016 ketika sedang menunggang motorsikal dalam perjalanan ke bank di Johor Bahru, sebelum dia terbabas dan terbalik yang kemudiannya dirempuh oleh sebuah kereta yang melalui jalan berkenaan.

Kepalanya terhantuk pada kereta itu dan dia dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru selama sebulan sebelum dibawa pulang ke rumah dalam keadaan koma.

Doktor membenarkan dia dibawa pulang ke rumah dan dijaga sepenuhnya keluarga kerana meramalkan dia mengambil masa lama untuk sedar semula,” ujar ibunya, Rafeah Abdullah.

Azmirul yang juga anak kelima dari tujuh beradik dijadualkan berumahtangga dengan gadis pilihan hatinya pada Jun 2017 namun hasrat itu tidak kesampaian kerana masih koma.

Azmirul kini dijaga di rumah ibu bapanya di Felda Aring 1, Gua Musang. Rutin harian ibunya adalah memberi susu dan mengelap badan dengan kain basah.

Rafeah berkata separuh daripada pendapatan suaminya sebagai peneroka Felda sebanyak RM500 dibelanjakan untuk membeli susu dan lampin pakai buang anaknya itu.

Mak cik tidak boleh mengharapkan anak yang lain kerana masing-masing sudah mempunyai keluarga.

Tak tahulah apa yang patut mak cik fikirkan lagi untuk mendapatkan pendapatan lain, tetapi mak cik tidak sanggup untuk meninggalkan dia keseorangan untuk mencari pendapatan tambahan lain,” ujarnya.

error0