IBU GAGAL VAKSINKAN ANAK DUA KALI, ANAK KINI KRITIKAL DI HOSPITAL

(Gambar sekadar hiasan)

IBU bapa perlu tahu, kepentingan suntikan vaksin mampu mencegah anak-anak daripada 10 penyakit yang akan memberi bahaya kepada mereka. Suntikan vaksin adalah penting memandangkan tubuh badan anak-anak tidak mampu menghasilkan antibodi atau sistem pertahanan badan yang kukuh.

Sekiranya ada di kalangan mereka tidak diberikan vaksin, ia bukan sahaja membahayakan si anak, malah anak-anak lain yang berada di sekeliling mereka juga akan menerima kesannya.

Terbaru tular di laman sosial dimana seorang kanak-kanak menanggung derita akibat measles atau campak disebabkan terlepas jadual suntikan vaksin.

Terdahulu si ibu dipercayai memuatnaik satu posting di laman Facebooknya meluahkan rasa kesalnya kerana gagal mengikuti jadual vaksin sebanyak dua kali untuk anaknya – dan kini si anak dimasukkan ke hospital dan kritikal, berkemungkinan berdepan dengan maut kerana komplikasi pada otak dan paru-paru.

Hal itu mendapat perhatian dari Doktor Sakinah Sulong yang menjawab menerusi Facebooknya menjawab bahawa kegagalan mendapat suntikan MMR bakal menyebabkan kanak-kanak pekak, pneoumonia sehingga boleh membawa maut dan radang kepada selaput otak.

Beliau juga menyelar tanggapan kumpulan anti-vaksin yang menganggap campak bukan suatu masalah kesihatan yang serius.

error0