IBU DAN DUA ANAK MAUT DIREMPUH KERETA BAWA KETUM

TIGA beranak menemui ajal apabila motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kenderaan yang membawa muatan ketum, dalam kejadian di Kampung Nibong, Tanah Merah, jam 7.30 pagi tadi.

Mangsa, Nur Zurita Kadir, 26, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 bersama anaknya, Muhammad Adam Mukhriz Adhan, 5, dan Siti Husna Qaisara, 4, dari arah Tanah Merah ke Jeli.

Bagaimanapun, ketika melalui lokasi kejadian, ketiga-tiga mereka dirempuh sebuah kereta jenis Proton Wira yang membawa muatan ketum dari arah bertentangan mengakibatkan kesemua mangsa melambung dan maut di tempat kejadian.

Adik Nur Zurita, Mohd Zulfadli Shah, 25, berkata dia menerima panggilan daripada seorang penduduk mengenai kejadian yang menimpa kakaknya itu pada jam 8 pagi.

Zulfadli memberitahu kakak dan anak saudaranya ada datang ke rumah pada jam 7 pagi hari yang sama untuk menumpang mandi kerana rumah sewa mereka tiada bekalan air.

Tiga beranak itu kemudiannya keluar rumah untuk menghantar anak sulung, Siti Hajjar Qistina, 8, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jedok sebelum bergegas untuk menghantar Adam ke tadika.

Namun ketiga-tiga mereka dilanggar sebelum sampai ke tadika.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, ketika dihubung mengesahkan kejadian itu termasuk kereta terbabit membawa ketum dan pihaknya masih menjalankan siasatan.

error0
Tweet 20