HIDU BAU BUSUK, JIRAN TEMUI MAYAT

MAYAT seorang wanita warga emas ditemui berseorangan di dalam rumah setelah jiran-jiran mengesyaki sesuatu selepas menghidu bau busuk.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superitenden Zulkepli Ibrahim berkata mayat wanita yang juga pesara guru berusia 66 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang di bahagian pintu utama bilik rumah itu oleh jirannya pada jam 6.20 petang.

Pihak polis menerima aduan bau busuk itu oleh jiran mangsa sebelum pihak polis ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

Keadaan fizikal mangsa telah membusuk dan kehitaman dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lebih daripada tiga hari.

“Menurut jiran di sebelah rumah mangsa, dia terhidu bau busuk dari rumah wanita itu dan mengesyaki ada perkara buruk yang berlaku sebelum memanggil jiran-jiran yang lain untuk memeriksa keadaan di dalam rumah mangsa melalui tingkap.

“Jiran wanita itu kemudiannya mendapati mangsa telah meninggal dunia dan telah membuka pintu rumah wanita itu yang dikunci dari dalam,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa tinggal di rumah berkenaan seorang diri kerana anaknya sedang belajar di Shah Alam, Selangor.

Menurut adik wanita berkenaan, mangsa menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kolestrol tinggi.

Polis memberitahu kematian disebabkan komplikasi penyakit dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

error0