HARGA RON95, RON 97 TURUN 5 SEN, DIESEL KEKAL

KERAJAAN mengumumkan harga runcit baru bagi petrol RON 95 dan RON97 iaitu RM1.93 seliter, turun 5 sen sebelum ini. Harga baru itu berkuatkuasa sehingga 8 Februaru depan.

Manakala harga diesel kekal pada para RM2.18 seliter  untuk tempoh yang sama berdasarkan harga pasaran sebenar mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM) bagi minggu sebelumnya.

“Penurunan harga runcit bagi produk petrol RON95 adalah berikutan penurunan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia yang didorong oleh faktor peningkatan pengeluaran produk petrol di pasaran global.

“Perbezaan kos produk yang lebih tinggi bagi diesel berbanding petrol adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan bagi produk diesel, terutamanya dari negara Republik Rakyat China, dan juga peningkatan pengeluaran produk petrol di pasaran global,” demikian menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

error0