HANYA KERANA BERMAIN, ANAK DIPUKUL SATU BADAN

ANAK merupakan tanggungjawab dan amanah oleh Allah SWT untuk dijaga dan dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang dan pendidikan yang baik demi masa depan mereka. Proses membesarkan anak semestinya bakal berdepan dengan pelbagai cabaran, apatah lagi jika mereka terlalu nakal.

Memukul anak jika tidak mendengar kata atau terlalu nakal adalah diharuskan. Ia tidak boleh dilakukan secara keterlaluan sehingga mencederakan fizikal dan beri kesan kepada mentalnya. Sedang tular di laman sosial sejak semalam adalah gambar seorang kanak-kanak lelaki yang menjadi mangsa dera bapanya hanya kerana pergi bermain!

Kejadian tersebut diceritakan pengguna Facebook, Anor Liza yang menjumpai kanak-kanak malang tersebut.

Difahamkan perkara itu telah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa dan polis telah menangkap ibu dan bapa kepada kanak-kanak lelaki itu untuk siasatan lanjut.

error0
Tweet 20