baja roti

HANYA DENGAN ROTI DAN AIR, TANAMAN ANDA TUMBUH DENGAN SUBUR

HARI ini hari Ahad. Apa kata mulakan aktiviti pagi hujung minggu ini dengan berkebun? Di samping dapat mengurangkan belanja membeli sayuran di pasar, modal yang digunakan juga tidaklah besar.

Hanya menggunakan roti dan air, baja organik ini terbukti mampu memberikan hasil yang banyak dan sudah pastinya berkualiti untuk anda sekeluarga.

Perkongsian dari Puan Intan Suhana diambil daripada akaun Facebooknya.

Bahan-bahan:

  1. Sekeping roti yang masih baik
  2. Air sebanyak 1.5 liter

Air hujan atau air basuhan beras sahaja. Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.

Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.

Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin.

So silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya.

Cara-caranya:

baja roti

Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.

baja roti

Kak intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah ni ha.

baja roti

Kemudian peram, letak ditempat gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah sinki.

Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nye kan

Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak

MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan utk mikrob yang terhasil.

Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh. Sebab kak intan pun belum sampai tahap bagi makan mikrob ni lagi. Nebes

baja roti

Kak intan suka gunakan nisbah sendiri haha. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah

Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas.

Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan sambil nyanyi lagu “Dimatamu”. Biar pokok pun terhibur

baja roti

Haaa tengok tu. Pokok bunga lily ni memang tak rajin berbunga. Lepas kena siram dengan baja roti ni berlumba-lumba batang bunga dia keluar

Tapi sayang. Udah kena libas separuh dengan suamiku si tukang mesin rumput.

baja roti

error0
Tweet 20