GURU KENDONG MURID YANG NAK LARI DARI SEKOLAH KERANA ‘MONDAY BLUES’

SEORANG guru berkongsi peristiwa lucu menerusi laman Facebooknya apabila salah seorang anak muridnya mahu membuat cubaan lari dari sesi persekolahan harian.

Mohammed Yusmie Mohammed Yusoff, 40, guru di Sekolah Kebangsaan RPS Dala di Gerik, Perak memberitahu kejadian yang berlaku pada Isnin lalu diingatkan kerana anak-anak muridnya takut dengan pemeriksaan gigi yang dijalankan di sekolah itu.

Aku pujuk2, usap2 belakang, cakap lembut pun tak jalan, penyudah aku cempung masuk ke kelas. Punya le cikgu sayang kat…

Posted by Yusmie Yusoff on Isnin, 25 Februari 2019

“Mula-mulanya ingat mereka lari dari sekolah sebab dapat tahu ada pemeriksaan kesihatan pergigian. Biasalah budak-budak memang takut bila doktor periksa gigi. Lari ke pagar sekolah tu dah macam kebiasaan terutama pada pagi Isnin. Macam Monday Blues, mereka rasa nak balik rumah,” cerita guru berkenaan seperti yang dipetik mStar.

Yusmie mula mengajar di sekolah berkenaan sejak enam tahun lalu.

Sekolah berkenaan yang terletak di kawasan pedalaman menempatkan anak-anak penduduk dari Rancangan Pengumpulan Semula Dala di Gerik yang menempatkan Orang Asli.

Yusmie yang juga Guru Disiplin di sekolah berkenaan mengakui masalah berkenaan adalah biasa bagi mereka yang baru memasuki Tahun Satu dan berbangga rekod kehadiran pelajar di SK RPS Dala menunjukkan peningkatan setiap tahun.

Guru Bahasa Inggeris dan Sains ini juga menekankan pendekatan berlembut untuk memujuk dan mendidik pelajar, selain bersikap tegas untuk mendisiplinkan mereka.

error0