GARA-GARA SAMAKAN ISTERI DENGAN TUALA, KHABIB DAN CONOR BERGADUH DI TWITTER

PERBALAHAN antara dua bintang seni bela diri campuran (MMA) iaitu Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor kembali hangat selepas kedua-duanya berbalas pos di laman Twitter.

Conor yang kalah kepada Khabib dalam pertarungan Oktober tahun lalu pernah mencela Khabib kerana beragama Islam.

Kali ini, Conor dengan sengaja memuatnaik gambar perkahwinan Khabib dengan isterinya yang lengkap bertutup litup burka dengan menyamakan wanita itu dengan tuala.

Pos Conor itu mengundang kemarahan Khabib dan seluruh umat Islam dunia yang menyifatkan Conor sebagai rasis.

Sedar kecaman, Conor segera memadamkan pos di Twitternya.

Namun Khabib yang enggan mengalah kemudiannya memuatnaik satu post di laman Twitternya dengan menggelarkan Conor sebagai perogol, apatah lagi peninju itu sedang disiasat atas dakwaan melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita di Ireland.

Conor sekali lagi menulis di Twitternya bahawa menghormati peminatnya dan mahu memandang ke hadapan serta mahu bertemu Khabib di Octagon – sekaligus mengundang tanya tanya kesahihan berita mengenainya yang baru-baru ini mengumumkan persaraannya dari MMA.

error0