GAMBAR WANI KAYRIE MASA KECIL JADI ‘BAHAN’ GOLONGAN PEDO

PENYANYI Wani Kayrie kini sedang mengumpul bukti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menggunakan nama dan gambarnya ketika kecil untuk menjalankan aktiviti gangguan seksual di Facebook.

Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 19, hanya menyedari perkata itu selepas diberitahu rakan-rakannya.

Individu tidak bertanggungjawab itu menggunakan nama Syazwani Sapari, nama komersial yang digunakan Wani ketika menyertai program ‘Kamilah Bintang’.

Dilaporkan sebanyak 45 akaun Facebook palsu menggunakan nama Wani Sapari dan gambarnya untuk melakukan gangguan seksual, termasuk adanya komen-komen lucah pada beberapa keping gambar kanak-kanak perempuan.

Perbuatan terkutuk itu dipercayai dilakukan oleh suspek pedofilia dan menjadi viral di laman sosial.

error0