(GAMBAR) TIADA PERIKEMANUSIAAN, LIMA ANJING MATI DIRACUN

ADA sesetengah manusia merasa kurang senang melihat haiwan berkeliaran, apatah lagi yang kelihatan sakit dan gemar menghampiri meja makan di restoran.

Namun itu bukanlah lesen untuk anda menyakiti, mengasari malah bertindak kejam sehingga menyebabkan kematian terhadap haiwan-haiwan sebegini.

Satu kejadian kejam membabitkan enam anjing diracun dilaporkan berlaku di sebuah taman perumahan di Sandakan pada Jumaat lalu. Ia membabitkan seekor ibu anjing bersama lima anaknya. Malangnya, lima yang lain telah mati manakala seekor lagi kritikal.

Kesemua mereka diracun dengan menggunakan makanan.

Sumber SPCA Sandakan.

error0