percuma pizza

FREE PIZZA BERSAIZ BESAR JIKA TIDAK MAIN TELEFON BIMBIT

SEBUAH restoran pizza di Fresno, California, Amerika Syarikat memperkenalkan promosi pizza percuma kepada pelanggan yang tidak menggunakan telefon bimbit ketika menikmati juadah bersama keluarga atau teman.

Promosi dinamakan ‘Diskaun Bercakap Antara Satu Sama Lain’ itu memerlukan pelanggan bersetuju untuk menyimpan dan locked telefon bimbit mereka sepanjang berada di restoran itu.

Promosi itu terhad kepada kumpulan pelanggan dengan jumlah minimum empat orang.

Jika berkelayakan, mereka akan mendapat pizza bersaiz besar untuk kunjungan seterusnya atau boleh memilih untuk menderma promosi itu kepada golongan gelandangan di daerah berkenaan.

Restoran itu memperkenalkan tawaran berkenaan dalam tujuan mendidik pelanggan menikmati masa bersama keluarga dan teman ketika menikmati juadah tanpa gangguan hiburan atau penggunaan aplikasi telefon bimbit.



error0
Tweet 20