FELCRA: BUNG, ZIZIE BAKAL DIDAKWA

BEKAS Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Bhd, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok atas tuduhan rasuah.

Turut didakwa adalah isterinya, Datik Seri Zizie Izette A Samad yang juga seorang artis.

Pasangan itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dan Putrajaya pada jam 10.50 pagi dan 11.15 pagi tadi, selepas hadir memberi keterangan untuk melengkapkan proses siasatan akhir kes berkenaan.

Namun kedua-duanya bebas dengan jaminan SPRM.

Pada Jumaat ini mereka akan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM dan Seksyen 28(1)(c) akta yang sama.

Bung dan Zizie didakwa menerima rasuah berjumlah RM3 juta.

error0
Tweet 20