FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG VIRUS CORONAVIRUS!

Sekarang kecoh tentang Koronavirus yang mencetuskan kebimbangan dan ketakutan pada seluruh masyarakat dunia.

Ramai masih tak faham dengan penyebaran virus ini dan menyebarkan sesuatu perkara yang tidak pasti.

BawangPutih akan berkongsi beberapa fakta penting untuk bacaan anda semua. Semoga bermanfaat!

1.Sebenarnya pada akhir tahun 2019, sudah ada beberapa laporan kes radang paru-paru dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang berlaki di Wuhan, Wilayah Hubei di China.

2.Ternyata ia adalah virus jenis baru memandangkan ia tidak sepadan dengan mana-mana virus yang ditemui, dihadapi dan ditangani sebelum ini.

3.Koronavirus – nama virus ini merupakan salah satu keluarga virus yang menyebabkan si penghidapnya mengalami selesema seperti MERS dan SARS.

4.Dikenali juga sebagai 2019-nCOV, sebagaimana virus yang lain ia berasal dari haiwan dan dipercayai pesakitnya mendapat virus ini adalah mereka yang sering bekerja dan membeli di pasar borong makanan laut di Huanan di salah sebuah bandar di China.

5.Ia juga menjangkiti mereka yang menjual, membeli dan memakan haiwan hidup dan baru disembelih.

6.Haiwan-haiwan ini mempunyai parasit.

7.Dipercayai virus baru ini datangnya dari ular dan kelawar dan ditular kepada manusia melalui spesies perantara.

8.Mereka yang dijangkiti virus ini akan mengalami batuk, demam, sukar bernafas dan apabila keadaan menjadi teruk si pesakit akan mengalami kegagalan organ dalaman.

9.Ubat-ubatan juga tidak terlalu membantu apabila si pesakit mula dijangkiti virus ini dan pemulihan bergantung kepada kekuatan sistem imun individu.

10.Virus ini boleh merebak dari manusia ke manusia menerusi kontak secara langsung.

11.Hari ini (sehingga artikel ini ditulis), kadar kematian coronavirus di China telah meningkat lebih dari 130 orang dengan 4,500 kes baru jangkitan virus ini dilaporkan. Bilangan ini dijangka bakal bertambah dari semasa ke semasa.

12.Sementara itu di Malaysia (sehingga artikel ini ditulis), sebanyak tujuh kes dilaporkan membabitkan jangkitan coronavirus.

13.Banyak negara di dunia telah banned kemasukan rakyat China ke negara masing-masing termasuk Malaysia.

14.Sehingga kini masih tiada vaksin untuk melindungi anda dari jangkita coronavirus.

error0
Tweet 20