FAKTA RINGKAS MENGENAI HARI RAYA AIDILFITRI

HARI Raya Aidilfitri disambut 1 Syawal setiap tahun. Namun tahukah anda mengapa Hari Raya di sambut oleh umat Islam?

Berikut fakta ringkas mengenai Hari Raya Aidilfitri;

  1. Aidilfitri bermaksud Hari Raya Fitrah, harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia. 
  2. Ditentukan melalui dua cara iaitu Rukyah (melihat anak bulan) dan secara hisab (kiraan)
  3. Hari Raya Aidilfitri pertama kalinya dirayakan umat Islam selepas Perang Badar pada 17 ramadan tahun ke-2 Hijrah. Dalam pertempuran itu, umat Islam meraih kemenangan walaupun 319 orang tentera Muslimin menentang 1000 pasukan tentera kafir Quraisy. 
  4. Tahun yang sama, Rasullahah S.A.W dan para Sahabat merayakan dua kemenangan iaitu kejayaan dalam Perang Badar dan kejayaan menewaskan hawa nafsu sepanjang sebulan berpuasa.
  5. Syawal yang disyariatkan Islam adalah digalakkan amalan ziarah menziarahi antara sesama keluarga, saudara mara, kaum kerabat, jiran dan sahabat handai. 
error0
Tweet 20