FAIZAL TAHIR DEDAH PEMINAT TAK JADI BUNUH DIRI SELEPAS TERIMA PANGGILAN TELEFON DARINYA

HANYA dengan satu panggilan telefon, satu nyawa manusia telah terselamat. Itulah yang dikongsikan oleh penyanyi popular, Faizal Tahir dalam posting terbarunya di Instagram, semalam.

Faizal, mendedahkan nombor telefon peribadinya di dalam sebuah video yang dimuatnaik menerusi InstaStory laman Instagramnya pada dua bulan lalu untuk membolehkan peminatnya menghubunginya.

“Saya secara rawaknya telah memilih beberapa orang peminat untuk dihubungi dengan membuat panggilan video. Selain menjawab soalan, saya juga menyanyi untuk peminat,” kata Faizal di posting terbarunya.

Namun pada keesokan harinya, Faizal menerima satu mesej dari peminat yang dihubunginya sebelum itu yang berkongsi niatnya untuk membunuh diri.

“Namun, perkara yang menarik perhatian adalah sehari selepas panggilan video itu dibuat seorang peminat telah menghantar paparan skrin statusnya yang dimuat naik dalam Twitter.

“Dalam status tersebut peminat itu menulis dia mempunyai niat untuk membunuh diri sebelum saya menghubunginya. Panggilan telefon daripada saya telah memberi semangat kepadanya untuk terus kuat,” demikian menurut penyanyi lagu Mr Ragaman itu.

error0