FAHAMI DULU PERKARA-PERKARA INI SEBELUM AMBIL MEDICAL CARD

ADA ramai yang buat tidak endah dengan kepentingan mempunyai medical card, dengan alasan jarang ditimpa sakit, ia sudah dilindungi menerusi pelan takaful peribadi, ditanggung oleh majikan atau bermacam lagi alasan lain.

Jika anda berjumpa dan bertanya dengan mana-mana ejen takaful, semestinya jawapan mereka akan mempertahankan syarikat takaful mereka yang terbaik dan memberi apa yang diperlukan oleh pelanggan.

Maka akan wujudlah sebilangan pihak yang membayar pelan perlindungan untuk peribadi atau keluarga tanpa memikirkan apa yang dilindungi, peratusan tanggungan atau polisi itu sendiri.

Jom semak apakah perkara yang perlu anda beri perhatian dan fahami sebaik-baiknya sebelum bersetuju untuk menggunakan sesuatu medical card.

  • PEMBAHARUAN POLISI

Ada dua jenis pembaharuan untuk medical card, iaitu yang dilakukan secara tahunan atau guaranteed.

Yearly renewal bererti ia bergantung kepada claim review setiap tahun. Caj tambahan dan syarat pengecualian akan dikenakan sekiranya anda kerap membuat tuntutan. Perbuatan ini mungkin memberi kesan kepada faedah medical card anda.

Manakala guaranteed renewal pula lebih terjamin kerana syarikat tidak akan menamatkan medical card anda secara tiba-tiba, termasuk mengenakan caj tambahan.

Maka adalah penting untuk anda ajukan hal ini kepada ejen.

  • PERLINDUNGAN TAHUNAN ATAU SEUMUR HIDUP?

Anda perlu pastikan sama ada perlindungan yang anda ambil itu merupakan life time coverage atau annual coverage. Bukan apa, sesetengah ejen gemar menggunakan angka yang besar-besar untuk mengelirukan pelanggan.

Contoh yang biasa berlaku apabila seseorang ditimpa penyakit dan tidak dapat menampung segala kos perubatan kerana telah melebihi had perlindungan tahunan. Maka seseorang itu terpaksa pula menggunakan wang sendiri walaupun mempunyai medical card.

  • HARGA WAD SEMALAMAN

Antara perkara yang perlu anda ambil kira supaya perlindungan yang anda ambil sesuai dengan tempoh 5,10 tahun akan datang.

  • CO-PAYMENT ATAU CO-TAKAFUL?

Ada bezanya antara dua jenis peratusan tanggungan ini. Co-payment adalah peratusan yang perlu ditanggung dari bil-bil lain selain dari caj bilik apabila seseorang mahu upgrade bilik wad. Co-takaful pula ialah peratusan yang perlu ditanggung sendiri setiap kali membuat tuntutan, seperti caj 10% dari bil setiap kali masuk wad atau rawatan susulan. Kebiasaannya ia mempunyai had.

  • POLISI KEKAL ATAU BERUBAH

Sebelum bersetuju dengan sesuatu pelan perlindungan, anda disaran meneliti dan memahami sebaik-baiknya Portfolio Withdrawal Condition kerana ada sesetengah syarikat insurans membenarkan menarik balik produk dari pasaran dengan tempoh notis 30 hari. Tidak kiralah jika mereka menawarkan guaranteed renewal, klausa berkenaan sebagai ‘excuse’ untuk mereka menanggung tuntutan yang banyak.

Maka adalah penting untuk anda memilih medical card yang PALING SESUAI, bukannya yang sering dikatakan paling baik atau paling murah untuk komitmen bulanan anda.

Juga, medical card disaran untuk diambil ketika masih muda kerana bayaran premium bulanannya yang rendah.

error0