kenapa kuku kaki hitam

EUWWW, KUKU KAKI JADI HITAM. MACAM MANA NAK BUAT NI?

KUKU merupakan antara bahagian badan yang perlu diberi perhatian dari segi kesihatan. Kuku yang sihat akan bewarna putih dan kelihatan segar.

kenapa kuku kaki hitam

Namun akibat aktiviti pewarnaan kuku, kurang nutrisi dalam badan dan trauma, warna kuku akan berubah sekaligus menyebabkan ia menjadi warna hitam.

Kenapa kuku kaki menjadi hitam?

  1. Jangkitan kulat atau fungal. Kuku kaki mudah terdedah dengan keadaan panas dan lembab dan ini akan menggalakkan pertumbuhan kulat pada kuku.
  2. Masalah kesihatan seperti anemia, buah pinggang atau hati.
  3. Trauma contohnya akibat kecederaan sehingga mengakibatkan seluran darah di bawah kuku tidak lagi mengalir.
  4. Melanoma – iaitu penyakit kanser kulit.

Bagaimana merawat masalah kuku kaki hitam?

  1. Pedicure kerana boleh membersihkan kekotoran yang anda mungkin tidak perasan pada permukaan kuku kaki.
  2. Gunakan krim atau ubat yang bersifat anti-fungal.
  3. Gunakan produk yang mempunyai bahan citrus yang boleh exfoliate, mencerah dan menyahbau pada kaki, selain amalkan penggunaan losyen kaki untuk kesan maksima.
  4. Kuku hitam kerana trauma seperti kecederaan akan hilang dan akan tumbuh kuku yang baru.
error0