EUWWW HITAMNYA PAPAN PEMOTONG! JOM CUBA TIPS INI

CHOPPING board, atau papan pemotong merupakan antara alatan wajib ada di dapur setiap rumah. Sama ada diperbuat daripada kayu atau plastik, kegunaannya adalah penting ketika memotong ayam, daging, ikan dan sayur-sayuran.

Papan pemotong yang diperbuat daripada plastik, terutama yang bewarna putih akan kelihatan mudah kotor, bertukar kehitaman walaupun selepas kali penggunaannya akan dibasuh dan disental. Apatah lagi jika ia digunakan setiap hari.

Kalau tetamu datang ke rumah, nampak papan pemotong yang hitam itu, boleh bikin malu tuan rumah, kan?

Nak papan pemotong kembali bersih seperti baru dibeli? Jom cuba tips ini!

Anda hanya perlu sediakan limau nipis, cuka epal dan baking soda.

  1. Potong limau nipis menjadi dua bahagian
  2. Tabur baking soda di bahagian atas papan pemotong
  3. Gosok papan dengan sebelah bahagian limau nipis, biarkan 10 minit
  4. Guna sebelah lagi bahagian limau nipis dan gosok papan pemotong.
  5. Di atas permukaan papan, tuang sedikit cuka epal dan sental sekuatnya, boleh juga guna berus besi supaya kotoran lebih mudah tanggal.
  6. Bilas bersih.
  7. Guna cara yang sama pada sebelah lagi bahagian papan pemotong.
error0